Selasa, 16 April 2013

Gembira, Sedih atau sakit hati?

Aku tak tau nak ungkap kan apa yang aku rasa sekarang nie. Aku gembira sebab akhirnya aku dah habis final exam, Tamat sudah diploma aku.
Sedih? Ya, aku sedih mengenangkan orang yang pergi tinggalkan aku macam tu jek.
Bila aku dah cuba untuk lupakan dia, satu kebenaran muncul depan mata. Aku dah tak mampu untuk rasa sedih, Tapi yang tinggal hanya SAKIT HATI.
Ya, aku sakit hati sangat-sangat. Sampai dah tak tau macam mana nak ungkapkan rasa ni. Sekalipun aku nangis, tangisan tu adalah kerana sakit hati yang terlampau.
Dulu aku dah cuba untuk maafkan dia, tapi setelah aku berjaya untuk maafkan dia, kenyataan tu datang. Dan akhirnya aku tak berjaya untuk memberi kemaafan tu. Aku rasa sakit sangat.
Murah sangat ke harga cinta yang aku dah bagi? Tak sangka ini yang aku dapat.
Apa salah aku? Setiap hari aku cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik untuk dia, tapi rupanya aku masih belum berjaya untuk menjadi insan yang terbaik di hati dia.
Dan akhirnya dia tinggalkan aku semula. Peluang hanya datang sekali dalam hidup, dan kalau bernasib baik peluang kedua itu akan hadir, tapi, untuk peluang ketiga itu hadir adalah mustahil. Kemaafan juga agak mustahil untuk aku bagi selagi hati ni masih terluka.
Puas ke hati dia dapat buat aku macam nie?
Allah Maha Mengetahui. DIA tahu segala isi hati aku. Andai ini yang terbaik, aku lepaskan. Tapi ingat, Setiap perbuatan akan dibalas cash dari Allah.
Saya minta maaf sebab saya tak mampu berikan kemaafan. Saya insan yang lemah.

Saya cuba nak ubat luka yang saya rasa ni dengan mengingati janji2 awak kat saya, tapi saya rasa macam orang bodoh pulak. Saya menanti sesuatu yang tak pasti. Kalau memang dalam hati awak tu cuma ada ex awak, kenapa awak bagi saya harapan? Kenapa bagi saya cahaya? Kenapa bagi saya kegembiraan yang palsu. Hati saya bukan mainan. Kalu dulu hati saya lembut, tapi sekarang saya tak pasti samada hati ni lembut atau keras.
Setiap hari saya tunggu penjelasan dari awak. Bodoh kan saya? Dah terang2 awak dah taknak kat saya. Kenapa lah saya terlalu bodoh untuk mentafsir.
Menidakkan sesuatu yang pasti. Hahahaha. Apalah saya ni kan. Orang kata bodoh jangan tunjuk.

Sakit nya mencintai seseorang yang tak mencintai kita.