Alhamdulillah,
Trip kami ke Muar dan Melaka berjalan dengan lancar,
Segala susah payah kami sudah berakhir.
Takziah aku ucapkan buat arwah ayah Aizat,
Beliau meninggal semasa kami baru tiba di Melaka,
Besar dugaan buat mu kawan,
Semoga kau akan terus tabah.
Semalam aku dan sahabat-sahabatku menghabiskan masa bersama Mshai dan anak nya Muaz,
Mshai adalah seorang ibu yang cukup tabah bagi aku,
Muaz seorang anak autisme,
Bagi aku,
Tak mudah untuk menjadi sorang ibu yang setabah Mshai,
Tapi Mshai benar-benar buat aku kagum,
Mampu kah aku menjadi seorang yang tabah jika aku berada di tempat Mshai?
Aku pun takde jawapan untuk itu.
Besar sungguh pengorbanan mu wahai seorang ibu,
Kasih sayang mu tiada ternilai,
Budi mu tak mungkin dapat dibalas.