Sakit kan MERINDU,,
ye,,
tanpa kita sedari merindu seseorang itu sangat menyakitkan.
Terutama sekali jika kita merindui seseorang yang telah pergi dari hidup kita.
Sakit sangat-sangat.
dada ni rasa macam nak pecah jika kita menanggung rindu.
Tapi sesakit apa pun yang kita rasa,
seseorang yang dah pergi dari hidup kita tak mungkin akan kembali lagi,
yang dah pergi akan terus pergi meninggalkan kita,
meninggalkan kita dengan penuh penyesalan dan kesedihan.
Kadang-kadang mesti kita akan terfikir,
tak boleh ke seseorang yang dah pergi meninggalkan kita tu pulang sekejap ke pangkuan kita cukuplah sekadar untuk kita menyesali apa yang kita pernah lakukan terhadapnya,
tapi sayang nya,
mereka tak akan pernah kembali semula kepada kita,
kerana mereka telah meninggalkan kita jauh dari dunia ini.