meskipun dia sentiasa ada dengan kita,,,
sebenarnya dia tak tahu apa yang kita rasa sebenarnya,,,
ramai yang akan menyalahkan kita atas apa yang berlaku,,
pada masa yang sama,,,
dia rasa ke apa yang kita rasa??
dia rasa ke kesakitan yang tercalar kat hati kita...
dia rasa ke macam mana susahnya untuk mempertahankan hak kita untuk kekal menjadi hak kita selamanya,,
contohnya,,
- seorang isteri kepada seorang lelaki yang panas baran masih setia menjadi seorang isteri yang taat. nak tahu kenapa? sebab dalam hati dia ada cinta dan sayang yang mendalam untuk suami dye,, INSYAALLAH,,SYURGA lah tempat dye. mesti ramai orang akan cakap "ko nie bodoh ke?? dah hari-hari kena sepak terajang pun ko masih sanggup nak setia. kalo aku dah lama aku minta cerai. buat apa nak jadi hamba kepada lelaki yang macam tu." senang je kan bercakap nie. orang boleh cakap macam tu sebab dia takde kat tempat perempuan tu,,cuba kalo dia yang alami sendiri apa yang perempuan tu alami,,mesti dia akan tahu kenapa perempuan tu setia kepada suami dye.
- seorang kekasih setia kepada kekasihnya sedangkan dia merasa sangat terluka dengan sikap kekasihnya. orang-orang kat sekeliling selalu menasihati dye agar tinggalkan je kekasih dye tu. namun dye bertekad untuk setia. nak tahu kenapa? sesakit apa pun yang dye rasa,, selagi cinta masih ada dalam hati dye, dye akan kekal setia. dye bukan bodoh kerana cinta tapi harapan yang dye tanam dalam hati dye lah yang menjadi kan dye kuat untuk kekal setia.
- seorang sahabat menangis kerana penderitaan sahabat dye. bila pikir dari mata kasar, perlu ke kita menangis untuk seseorang yang tiada pertalian darah dengan kita. tapi bila kita pikir dengan mata hati kita, kita menangis untuk seseorang yang tiada pertalian dengan kita kerana dia adalah sahabat kita. sahabat yang sentiasa memberi kita sokongan dalam senang atau pun susah, dalam sedih atau pun gembira.
sebenarnya tak de sebab pun kita nak mempersoalkan apa dan kenapa seseorang tu perlu mempertahankan sesuatu yang menjadi hak dye. sebab nya, segala jawapan ada dalam kita sendiri. cuba kita letakkan diri kita dalam situasi orang tu, pasti kita akan merasai apa yang dia rasa. dan secara automatik kita akan tahu sebab apa dan kenapa dia mempertahankan hak dye. kadang-kadang kita cakap "bodohnya budak tu kawin lari dengan kekasih dye" ok, cuba kita letakkan diri kita kat tempat dye. dia terlalu mencintai kekasih dia tapi dalam masa yang sama family dia tak merestui. bagi orang-orang yang tak merasai apa yang dia rasa, mesti orang-orang tu akan cakap, "dah family tak bagi restu, tinggalkan je lah. restu keluarga kan penting". ya, restu keluarga memang penting tapi jangan lah kita menyalahkan dia 100% sebab kita tak rasa apa yang dia rasa. kalo kita rasa apa yang dia rasa barulah kita tahu rasional nya kenapa dia buat macam tu.
setiap orang kat atas muka bumi nie takde yang sempurna. setiap manusia ada kelemahan nya yang tersendiri. setiap orang hanya pandai berkata-kata sahaja, tapi tak pandai untuk membuktikan apa yang dia katakan itu. jangan lah mentertawakan seseorang yang memerlukan pertolongan kita. mungkin dia sangat-sangat memerlukan sokongan dari kita.
bukan mudah untuk menjadi seorang yang sempurna di mata seseorang. terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan.
kadang-kadang kita anggap orang tu hipokrit, tapi sebenarnya dia tak hipokrit pun. dia cuma nak sesuaikan dengan persekitaran dia. dia nak semua orang terima dia. sebab tu dia mempunyai banyak karakter yang dapat buat semua orang selesa dengan dia. DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.
dalam keluarga sekalipun,,,
mustahil kita tak pernah rasa sakit,,,
pernah tak kita amik tahu kenapa kadang-kadang mak atau kakak atau adik atau sesiapa je dalam keluarga kita menangis??
kadang-kadang diorang rasa terguris sangat dengan apa yang kita dah buat..
dia tak cakap pun dengan kita yang kita dah guriskan hati dia,,,
sebab,,,
dia sayang sangat kat kita....
sedangkan dalam keluarga pun boleh terasa hati apatah lagi dalam percintaan dan persahabatan kan,,
kesabaran sangat diperlukan dalam percintaan dan persahabatan...
itulah tunggak utama dalam sesebuah perhubungan.
HARGAILAH SESEORANG ITU SELAGI DIA MASIH ADA DISISI KITA. JANGAN MENYESAL BILA DIA SUDAH TIADA LAGI DISISI KITA. SAAT ITU MUNGKIN DIA TAKKAN KEMBALI KE SISI KITA SEMULA. HARGAILAH SEGALA PENGORBANAN, SENYUMAN DAN USAHA DIA UNTUK BUAT KITA SENTIASA GEMBIRA.
p/s: maaf kalo ada yang tersinggung. saya juga manusia yang tidak sempurna. apa yang saya tulis adalah peringatan untuk diri saya jugak. (^_^)v