Lately ni banyak benda yang mengusutkan kepala ni,
Haissh,
Mana tak nye,
Dengan test bertimpa-timpa,
Assignment lagi,
Dan tak pernah terlepas dari kusut memikirkan tentang dia,
Migrain dan demam datang menyerang,
Memang rasa down sangat-sangat.
Ni pun masih demam lagi.
Dis week tak balik umah,
Makin menjadi-jadi lah demam ni,
Rindu kat mak ngan abah.
Last 2 days tepon mak ngan abah,
semata-mata nak cakap yang anak kesayangan diorang ni demam,
Masa tu baru demam ckit jek tapi dah menggedik tepon mak ngan abah,
huhuhuhu
Pastu abah cakap esok(semalam) nak antarkan makanan,
Sukanya rasa,
Terus terbayang muka mak ngan abah,
Rindu woooo.
Hari yang dinantikan pun tiba,
Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai jugak,
Mula lah hati bergojolak kerisauan,
Around 8.40++ pm I made a decision to call abah,
me : Helo, Assalamualaikum Abah, abah kat mane?
abah : Abah otw balik umah ni along. Jalan jem tadi. Dalam kul 9.30++ pm lebih abah sampai. Kalo gate dah tutup nanti abah call along ea.
me : *dalam aty rasa dah nak nangis* Erm, yelah abah. Takpe, lambat pun takpe. Along tak kisah.
abah : Along tunggu je tau.
me : ok abah. Bye.
Sebaik menamatkan panggilan dari abah,
Air mata ni menitis sedikit demi sedikit,
Besar sungguh pengorbanan seorang insan yang bergelar abah,
Kalo tahu macam ni,
Baik tak yah bagitahu kat mak ngan abah yang aku demam,
Kan dah menyusahkan,
Astaghfirullah,
Ape lah aku ni,
Tak terbalas rasanya pengorbanan mak ngan abah.
Tak dapat aku bayangkan hidup aku ni kalo takde mak ngan abah,
Tanpa mereka siapalah aku ni,
Aku mungkin boleh hidup tanpa seorang kawan, kekasih atau siapa sahaja,
Tapi aku yakin sangat-sangat yang aku tak boleh hidup tanpa mak ngan abah.
Takde sesiapa pun yang boleh sayang aku macam mak ngan abah sayang aku,
Takde sesiapa pun yang akan care kat aku seperti mak ngan abah care kat aku,
Dan takde sesiapa pun yang boleh buat aku tersenyum seperti mak ngan abah buat aku tersenyum especially time aku sedih.
Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu dan seorang bapa seperti mak ngan abah,
Takkan ada sesiapa pun yang mampu menandingi mereka dihati aku ini,
Mereka adalah yang pertama selepas Allah Dan kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W,
Rindunya kat mak ngan abah,
Aku tak kisah orang nak cakap aku ni manja ke,
Tak pandai berdikari ke,
Aku tak kisah semua tu.
Sebab mak ngan abah tahu siapa aku,
Diorang yang ada waktu susah dan senang aku,
Bukan nye orang lain,
So please jangan nak judge orang sesuka hati,
Mak ngan abah takkan pernah tinggalkan aku tanpa sebab,
Sebab tu aku sentiasa cuba bangkit dari segala rasa,
Hanya untuk mak ngan abah.
Along sayang mak abah sangat-sangat.