Selasa, 3 Disember 2013

Curious.

Macam pelik je sebab dye macam tau2 je yang aku tengah galau semalam.
Petang 2 dye call but without any explanation pun.
Aku pun x tanya apa2 sebab aku kan dah cakap kalo ngan dia mesti aku kelu sekejap. Haisshh.
Perasaan yang membuat aku moody sampai hari ni.
Terasa nak mesej dia tapi bila dia tak balas nanti aku rasa sakit hati pulak.
Takpelah, pendamkan je lah.
Terasa nak cakap kat dia aku rindu sangat2 kat dia tapi takut dia gelakkan pulak. Silent is better.
Terasa nak ajak dia jumpa tapi takut dia busy pulak. So, diam kan je lah.

Isnin, 2 Disember 2013

I wrote this for U.

Setabah mana pun hati seorang perempuan dia pasti akan menangis jugak. Sakit sangat bila orang yang kita sayang dah ada orang lain.

Kenapa awak tak pernah berterus terang yang awak dah ada perempuan lain?
Sakit sangat bila saya dapat tau sendiri.
Saya pernah tanya apa status hubungan kita kan? Tapi awak tak jawab dan saya sentiasa berharap yang saya masih lagi insan yang istimewa untuk awak.
Rupa2 nya saya dah tersilap. Saya bukan lagi insan yang istimewa untuk awak. Dan mungkin saya tak pernah jadi insan yang istimewa untuk awak.
Saya sentiasa jadikan kenangan yang kita cipta sebagai pengubat rindu saya pada awak. Tak sangka pulak semua tu sia2.
Kan saya pernah cakap, jujurlah kalo awak dah jumpa perempuan lain. Sekurabg2 nya saya tak rasa tertipu?
Awak, saya tak pernah marah awak tapi saya sedih bila awak tinggalkan saya macam ni.
Awak tinggalkan saya lepas awak bagi kenangan yang sangat indah. Terlalu banyak kenangan yang awak dah bagi kat saya.
Saya tak tau apa salah saya sampai awak tinggalkan saya.
Mungkin salah saya sebab terlalu berharap pada awak. Mungkin salah saya jugak sebab terlalu sayang kat awak.

Awak selalu datang lambat bila kita nak keluar dating, tapi saya tak pernah marah sebab saya sayang awak.
Awak jarang ada bila saya nangis, tapi saya tak pernah marah sebab saya faham awak sibuk.

Awak jarang ada bila saya sakit, tapi saya tak pernah marah sebab awak cakap saya ada family dan kawan2 yang akan tolong saya.
Awak jarang ada bila saya perlukan awak sebagai teman, tapi saya tak pernah marah sebab awak taknak diganggu.
Awak tak wish masa birthday saya, tapi saya tak pernah marah sebab saya anggap awak busy dengan pelajaran awak.
Awak tak pernah simpan gambar saya, tapi saya tak pernah marah sebab saya yakin awak simpan gambar saya kat hati awak.

Saya tau saya tak cantik.
Saya tau saya anak manja yang tak pandai berdikari,
Saya tau saya tak faham awak.
Saya tau saya tak pernah jadi perempuan yang awak nak.
Saya tau awak tak sayang saya macam awak sayang perempuan lain.
Saya tau saya jarang buat awak happy.
Saya tau saya banyak buat salah kat awak.
Saya tau saya tak pernah belanja awak apa2. Teruk kan saya.
Saya tau saya tak pernah makan sampai habis bila kuar ngan awak. Saya minta maaf sebab bazirkan duit awak.
Saya tau saya tak pernah jadi seseorang yang boleh buat awak tersenyum bila awak sedih. Sekali lagi saya minta maaf.

Tapi saya nak awak tau, awak sentiasa ada kat hati dan fikiran saya. Even dah banyak kali saya cuba untuk lupakan awak. Sampai sekarang saya masih belum berjaya. Maafkan saya.
Sebenarnya terlalu banyak yang saya nak share bila kuar ngan awak, tapi lidah saya ni kelu bila ngan
awak. Nape saya jadi macam tu ekh? Maaf, saya takde jawapan.

Tapi saya juga perlu tau yang sekarang awak dah tak perlukan saya. Mungkin awak dah buang saya
jauh2 kan. Sekarang awak dah ada orang lain. Orang lain yang mampu buat awak tersenyum bila awak sedih. Awak dah tak perlukan saya. Mungkin perempuan tu lebih penyabar dari saya.

Melepaskan awak dari hati saya adalah perkara yang paling sukar untuk saya lakukan. Terlalu banyak yang saya perlu lakukan untuk move on.
Kadang2 saya tertanya, kenapa saya tak boleh dapat tempat kat hati awak macam perempuan lain dapat? Itulah soalan yang saya nak sangat tanya kat awak. Tapi saya tak punya kekuatan.

Saya minta maaf atas semua kesalahan yang saya sedar atau saya tak sedar. Mungkin saya hanya boleh bermimpi je yang awak akan jadi milik saya. Hakikatnya, awak dah buang saya.
Salah saya sebab meletakkan awak di tempat yang terlalu tinggi kat hati saya. Sepatutnya saya sedar, awak hanya manusia yang mudah berpaling hati dan bukannya robot yang boleh saya set kan hatinya untuk saya jek.
Saya minta maaf jugak sebab saya tak pernah jadi yang sempurna untuk awak.
Perkara yang paling susah untuk seorang hamba Allah lakukan ialah setia. Saya berharap awak setia tapi mungkin terlalu tinggi harapan tu kan. :)

Rabu, 27 November 2013

Fairy tail of me.

Aku memang suka berangan. Macam-macam cerita aku boleh angankan. Especially fairy tail lah. Childish right? But, who cares? Aku tak susah kan orang pun kan. Hehehe.

Fairy tail versi aku.
Kalo dalam cerita fairy tail barbie or princess or another else mesti sang puteri hidup terseksa sebelum jumpa si putera. Kena seksa ngan mak tiri lah, kena jadi orang gaji lah, kena sumpah ngan ahli sihir lah and bla bla bla. Ending nye mesti sang putera datang naik kuda warna putih then selamatkan sang puteri. Finally, happy ever after. So sweet dye pnye ending kan. Tapi semuanya sama jek semua ending cerita fairy tail ni.
Tapi dalam cerita versi aku pulak.... Jeng jeng jeng...... Hehehe...
Si puteri seorang anak yang manja. Dimanjakan oleh parents serta siblings dye. Nak keje pun malas. Duk rumah je membesarkan badan. *actually bukan malas tapi parents x bg lah. Hehehehe. Okay2, continue story. Si puteri selalu tolong mak ngan abah dye kat umah buat kerja umah. Si puteri selalu buat family dye ketawa dengan keletah dye. Si puteri seorang yang periang dan baik hati. *perggh, mesti nak termuntah sape yang baca ni kan. Hahahaha. Do i care. Sape suruh baca? Hehe. Sory2. One day, datang seorang putera naik kereta honda yang paling sporty untuk melamar sang puteri. *taknak demand kereta ferari or BMW or kereta2 yang mewah2 2 sebab nanti terlebih plak angan2 ni. Hehehe. Si puteri terkejut dengan kedatangan sang putera tapi dek kerana si puteri ni terover excited tengok kereta honda 2 dye pun terima lamaran sang putera 2. Gila tak over excited, kereta sport 2. Hahaha. Finally, dyorang hidup bahagia dengan adanya kereta honda 2. Hahahaha. The End.

Gila punya fairy tail. Who cares. My fairy tail ok, not yours. Sory2, selamat membaca ok. Xoxo, bye.

Sabtu, 2 November 2013

Holiday.

Sangat sengal bila sakitkan aty sendiri. Hahaha.
Dah lah. Happy happy happy.
Time for holiday.


Khamis, 31 Oktober 2013

Rindu dye.

Lama betul tak update blog ni. Naik berabuk dah kan. Hahaha. Terlalu banyak perkara suka duka yang aku terlepas nak update kat sini. Huhu. Hidup mesti diteruskan.

Actually, aku bukak blog ni pun sebab aku rindu kat shedi. Aku baca balik tulisan dye kat blog aku ni. Rasa bertambah rindu plak. Padan muka ko nyah. Hahahaha. Can i make a wish? Aku nak sangat shedi kembali jadi lelaki yang mula-mula aku kenal. Dulu, dye sentiasa ada dengan aku, tak kira lah waktu suka atau duka. Rindu saat-saat dye ckp dye syg aku, dye rindu aku. Zaman tu seolah-olah dah berlalu.


1 february 2012. Tarikh dye tulis entry kat blog ni. Sedih plak bila baca entry 2. Walaupun sedih tapi aku masih mampu tersenyum sebab sekurang-kurang nya dye pernah buat aku happy. Bukan sekarang aku tak happy ngan dye cuma aku nak dye yang dulu. Nak sgt dye syg aku balik macam dulu.
Mungkin harapan hanya akan tinggal sebagai harapan. Mungkin aku tak layak dapat syg dr dye.

Aku pun tak tahu kenapa aku sayang sangat kat dye. Maybe sebab dye tak pernah buat salah kat aku. Bagi aku dye terlalu gentleman. Sifat dye 2 yang buat aku sentiasa ingat kat dye. Sepanjang perhubungan kitorang, kitorang tak pernah pun gaduh. Dye pun tak pernah tinggikan suara kat aku. Jadi kat mana silapnya perhubungan kitorang ni. Sekarang ni, kitorang jauh. Aku masih setia dengan dye. Hanya dye.


Selasa, 7 Mei 2013

Rindu.

Rindu tu memang sesuatu yang menyakitkan. Sakit sangat menahan rindu ni. Lagi sakit rindu tu bila kita merindui insan yang dah takde lagi dan tak mungkin akan muncul dalam hidup kita kembali.
Sekurang-kurang nya kalo kita rindu insan yang masih ada kat dunia ni, kita pasti dapat jumpa dia satu hari nanti dengan izin Allah S.W.T. Tapi bila kita rindu pada insan yang dah takde kat dunia ni lagi hanya Al-Fatihah je yang dapat kita kirimkan. Untuk jumpa dengan mereka semula adalah sesuatu yang mustahil.

Selalu dalam solat aku, aku minta kat Allah aku nak jumpa arwah ayah ngan maknek, cukuplah even dalam mimpi sekalipun. Sebab aku rindu sangat2 kat mereka. Hampir 3 tahun diorang dah tinggal kan aku, tapi rindu tu sentiasa ada kat dalam dada ni. Dua tiga malam ni aku asyik mimpi arwah maknek ngan ayah jek, terubat sikit rindu ni. Dan malam tadi, dalam mimpi 2 aku menangis-nangis xnak pergi tinggalkan mereka, tanpa aku sedar, air mata 2 betul-betul mengalir. Bila aku terjaga balik, hanya Al-Fatihah yang dapat aku kirimkan kat mereka. Aku betul-betul rindukan mereka.

Ayah, mak nek, along rindu sangat2 kat ayah ngan mak nek. Nanti kalo ada masa along pergi melawat 'rumah' ayah ngan maknek ea. Ayah ngan mak nek sentiasa ada kat dalam hati along. Along sayang ayah ngan mak nek sangat2.

Sabtu, 27 April 2013

MR. A

Ok,
Idk how to start dis entry,
Hurmmm,
Dis entry I wrote for my MR. A,
Amboi ko nyah,
dah macam retis plak nk gne MR. bagai.
Hahaha.
Actually,
MR. A ni ialah sejarah aku yang dah berabad aku tinggalkan,
Pergghh,
Betul2 sejarah ni.
Takde lah,
Baru je bape tahun kan.
Nipu je ko ni jah.

Kesian MR. A aku ni,
kecewa lagi rupanya dye,
Salah aku kot sebab buat dye trauma ngan pompuan,
Yelah,
Sape lagi kalo bukan aku kan,
MR. A I'm sorry k,
Tak sangka pulak sampai macam tu sekali kan.
Haisshh,
Awak ni pun lain kali suka kat pompuan 2 cakap je lah,
Haaa,,
Kan dah dikebas orang.
Ish3,
Penat saya tolong kenen-kenen kan awak ngan dye tw,
Awak pikir sangat pasal serik awk 2,
sebab tu lah dye terima lelaki lain.
Jangan lah macam tu,
Tak semua pompuan sama,
*ceh, nak muntah dengar ayat sendiri.
Hahahahaha

Hurm,,
takpelah,
awak habiskan lah degree awak tu dulu k,
Tak yah pikir sangat,
Nanty awak down lagi,
Cukup lah saya pernah wat awak down dulu,
And thx coz awak masih jadi kawan saya sampai sekarang.
And one more thing,
Good luck k,
I know u can my dear.
Opppss,,
Don't be misunderstanding k,
Dengan semua orang saya panggil dear,
:)

Takmo sedih2,
nanty x comel.
Daaaaa frenz.


Diary.

Tiba-tiba teringat kat zaman sekolah dulu. Aku suka sangat tulis luahan hati kat dalam diary. *luahan hati?* Hehehe. Peduli ape aku orang nak cakap aku poyo ke, ape ke, ada aku kisah ke? hehehe.
Actually dalam dunia siber sekarang ni pun diary penting tw, yelah, mana lah tahu kita ada terasa ngan orang ke, sedih ke, marah ke, SYAK WASANGKA ke or pape je lah, seharusnya kite tulis lah kat diary. so, xde lah satu dunia tahu apa yang kita tengah rasa, right? Takde lah nanty ada orang cakap yang aku ni misunderstanding lah ape lah. Tak pasal-pasal aku yang kena marah. Lain kali bagi lah explanation before I make my own conclusion. Haiyaa.
Sedih gler hati ni bila kite kena marah. Macam lah besar sangat salah aku kalo nak dibandingkan............?
Whatever !!!!
So now, diary is so important for me. At least takde lah orang nak marah aku kalo ada MISUNDERSTANDING. 

Opppss, terlebih sudah. Bukan niat untuk menyindir, tapi hati ni yang agak sakit masa kena marah.
Ampunkan patik ya !!
Maaf lah saya ni memang selalu sangat buat salah ngan awak, Lain lah awak yang langsung tak pernah buat salah ngan saya. Hehehe. Fakta ke Auta ni? Idk. :)

Btw i really2 sorry if my word make u hurt. Saya rasa saya pernah cakap dulu, jujur tu penting sangat dalam sesebuah perhubungan. Kalo awak jujur mesti misunderstanding tak pernah terjadi. Jujur je lah dalam apa jua yang awak buat. Dan jujur je lah andaikata hati awak bukan lagi untuk saya. Sekurang-kurang nya saya boleh berhenti berharap. Bukan untuk saya cari lain, tapi untuk saya tak letak harapan kat awak lagi. Hati saya sakit bila dapat tau sesuatu bukan dari awak. Saya tahu awak masih keluar ngan dye, saya tak kisah, but please be honest. Satu je saya nak awak tahu ,saya ni manusia bukan mainan.
Ekh, ape yang aku mengarut ni. Ok daaaaaaa..

p/s : and one more thing, saya tak pernah curang. ;)

Sabtu, 20 April 2013

Selasa, 16 April 2013

Gembira, Sedih atau sakit hati?

Aku tak tau nak ungkap kan apa yang aku rasa sekarang nie. Aku gembira sebab akhirnya aku dah habis final exam, Tamat sudah diploma aku.
Sedih? Ya, aku sedih mengenangkan orang yang pergi tinggalkan aku macam tu jek.
Bila aku dah cuba untuk lupakan dia, satu kebenaran muncul depan mata. Aku dah tak mampu untuk rasa sedih, Tapi yang tinggal hanya SAKIT HATI.
Ya, aku sakit hati sangat-sangat. Sampai dah tak tau macam mana nak ungkapkan rasa ni. Sekalipun aku nangis, tangisan tu adalah kerana sakit hati yang terlampau.
Dulu aku dah cuba untuk maafkan dia, tapi setelah aku berjaya untuk maafkan dia, kenyataan tu datang. Dan akhirnya aku tak berjaya untuk memberi kemaafan tu. Aku rasa sakit sangat.
Murah sangat ke harga cinta yang aku dah bagi? Tak sangka ini yang aku dapat.
Apa salah aku? Setiap hari aku cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik untuk dia, tapi rupanya aku masih belum berjaya untuk menjadi insan yang terbaik di hati dia.
Dan akhirnya dia tinggalkan aku semula. Peluang hanya datang sekali dalam hidup, dan kalau bernasib baik peluang kedua itu akan hadir, tapi, untuk peluang ketiga itu hadir adalah mustahil. Kemaafan juga agak mustahil untuk aku bagi selagi hati ni masih terluka.
Puas ke hati dia dapat buat aku macam nie?
Allah Maha Mengetahui. DIA tahu segala isi hati aku. Andai ini yang terbaik, aku lepaskan. Tapi ingat, Setiap perbuatan akan dibalas cash dari Allah.
Saya minta maaf sebab saya tak mampu berikan kemaafan. Saya insan yang lemah.

Saya cuba nak ubat luka yang saya rasa ni dengan mengingati janji2 awak kat saya, tapi saya rasa macam orang bodoh pulak. Saya menanti sesuatu yang tak pasti. Kalau memang dalam hati awak tu cuma ada ex awak, kenapa awak bagi saya harapan? Kenapa bagi saya cahaya? Kenapa bagi saya kegembiraan yang palsu. Hati saya bukan mainan. Kalu dulu hati saya lembut, tapi sekarang saya tak pasti samada hati ni lembut atau keras.
Setiap hari saya tunggu penjelasan dari awak. Bodoh kan saya? Dah terang2 awak dah taknak kat saya. Kenapa lah saya terlalu bodoh untuk mentafsir.
Menidakkan sesuatu yang pasti. Hahahaha. Apalah saya ni kan. Orang kata bodoh jangan tunjuk.

Sakit nya mencintai seseorang yang tak mencintai kita.





Isnin, 1 April 2013

Final exam !!!!!

Almost 2 paper done.
Akhirnya saat-saat yang menakutkan tiba jugak,
Huhuhuhu
I've almost finish my diploma.
Did u get it?
I'm a big girl now.
Mak ngan abah pun macam x percaya je yang anak diorang ni dah besar.
Mak menakan pun macam tak percaya je yang anak menakan dia ni dah 21 tahun,
Awat mak andak?
Muka kakak ni muda lg kaa?
Muka kakak ni memang muda sentiasa.
Cehh,
Tolong terjun lombong.
Hahahahaha

3 paper need to go,
Oh no !!!!
Please be nice to me k. 
(^_^)
Good luck to all my friends.






Ahad, 3 Mac 2013

Trip kami dah berakhir.

Alhamdulillah,
Trip kami ke Muar dan Melaka berjalan dengan lancar,
Segala susah payah kami sudah berakhir.
Takziah aku ucapkan buat arwah ayah Aizat,
Beliau meninggal semasa kami baru tiba di Melaka,
Besar dugaan buat mu kawan,
Semoga kau akan terus tabah.

Semalam aku dan sahabat-sahabatku menghabiskan masa bersama Mshai dan anak nya Muaz,
Mshai adalah seorang ibu yang cukup tabah bagi aku,
Muaz seorang anak autisme,
Bagi aku,
Tak mudah untuk menjadi sorang ibu yang setabah Mshai,
Tapi Mshai benar-benar buat aku kagum,
Mampu kah aku menjadi seorang yang tabah jika aku berada di tempat Mshai?
Aku pun takde jawapan untuk itu.
Besar sungguh pengorbanan mu wahai seorang ibu,
Kasih sayang mu tiada ternilai,
Budi mu tak mungkin dapat dibalas.

Rabu, 20 Februari 2013

Let U go?

Let you go again?
I'm not ready to do dat.
The reason?
because I love U.
My heart not ready to let u go,
My mind want to keep U,
Because of dat I never let u go,
I just give U time to be alone,
Alone without me,
I'll wait U dear,
I'll never forget U,
When U want me,
I'll always be there for U.
But,
When U don't want me again,
I understand,
Really2 understand dat I'm not the person dat can make u happy.
:(
I still hope dat U still love me.
Is it wrong?
If u still love me,
U'll find me,
Right dear?
:)

Selasa, 19 Februari 2013

Tanda tanya.

Hingga ke hari ni aku masih dalam kesedihan,
Setiap tajuk perbualan aku ngan kawan-kawan mesti aku kaitkan dengan dia,
"ekh, Shedi pun wat macam 2 jgak tw."
"ekh, Shedi pun suka 2 jugak."
Semuanya Shedi,
Shedi 2 lah Shedi ni lah,
Haisshh,
Nama dia masih tak lekang lagi dari bibir dan ingatan ni,
Actually,
Aku tak sanggup kehilangan dia.
Aku dah cuba tapi aku tak mampu,
Sayang aku pada dia masih utuh,
Tapi aku tau,
Diri aku dah tak diperlukan lagi,
Kalo dia perlukan aku lagi,
Dia akan cari aku,
Sayu nya hati bila terfikirkan tentang dia.
Rindu aku kat dia masih ada.
Ingatke dia kat aku sama macam aku ingat kat dia?
Tak rindu ke dia kat aku sama macam dia rindu kat aku?
Bertambah sayu bila aku baca mesej-mesej sweet dari dia.
Ya ALLAH !!

Isnin, 18 Februari 2013

18 Februari.....

Pada tarikh ini dia memulakan,
dan,
Pada tarikh ini aku cuba untuk mengakhiri segala kesedihan aku,
Sedangkan aku tau,
Dalam hati aku masih ada dia,
Tiada dua atau tiga,
Masih ada dia.
Aku sedar,
Dia dah taknak kat aku,
Aku redha,
Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku,
Thanks for everything sayang.

Jumaat, 15 Februari 2013

Down.

Lately ni kesihatan ku jatuh menjunam seumpama bas jatuh terjunam ke dalam gaung,
So tak heran lah kalo tengok badan ni mulai kurus,
Yess !!!
Kurus jugak akhirnya,
Hehehehehe,
Tapi kurus sebab sakit,
Alahai,
Sedih betul.

Tapi aku tetap bersyukur,
Sekurang-kurang nya terhapus lah sikit dosa-dosa yang ada kat aku ni,
Huhuhuhu.
Berbekalkan tenaga yang macam nyawa-nyawa ikan ni aku gagahkan untuk online,
Hehehehe
Tak senonoh punya perangai.
Kesian tengok mak sebab risau tengok anak dia ni sakit,
Tiba-tiba aku terfikir,
Its not easy to be a good mama,
Ibu mana yang tahan bila tengok anak dia sakit,
Walaupun anak dia dah boleh jadi mak orang,
Seorang ibu pasti akan tetap risau.
Maybe aku tak rasa semua tu lagi sebab aku belum bergelar ibu.
Mampu ke aku jadi seorang ibu sama macam mak?

Sakit bertambah sakit bila mengenangkan seorang insan yang dah tak mengingati diri ni lagi,
Kat mana dia saat diri ini memerlukan?

K lah out,
Papai.

Rabu, 13 Februari 2013

Setia or Bodoh?

Kawan-kawan cakap,
aku ni pencinta yang bodoh,
Tapi aku cakap,
Aku ni pencinta yang setia,
Pencinta yang setia tu pencinta yang bodoh ke?
Salah ke aku sebab jadi seorang wanita yang terlalu setia?
Aku setia sebab aku harap dia juga setia.
Tapi hakikatnya,
Aku terlupa yang cinta kepada manusia ni takkan pernah kekal,
Cinta seorang manusia ni mudah sangat beralih arah,
Aku terlupa yang hanya satu cinta je yang setia,
Cinta kepada Allah.

Aku juga terlupa yang bumi ni sebenarnya berputar,
Kadang-kadang bahagia itu milik kita,
Dan satu masa nanti,
Kebahagiaan itu akan berlari-lari meninggalkan kita,
Tapi aku yakin,
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya,
Allah itu kan maha mengetahui.

Setiap dugaan yang menimpa aku sekarang ni membuatkan aku menjadi semakin matang,
In syaa Allah,
Mungkin ini permulaan untuk aku menjadi seorang yang matang.
Setiap masalah pasti ada penyelasaiannya,
Harap-harap aku akan ketemu jawapannya satu hari nanti.

P/S: Sayang akan tetap jadi pelangi saya, Pelangi 2 kan kadang-kadang ada dan kadang-kadang hilang. Terima kasih sebab pernah jadi pelangi yang sentiasa membuat saya tersenyum, sekarang saya sedih sangat sebab pelangi saya dah hilang. Pelangi 2 dah x pernah muncul. Saya doakan pelangi saya sentiasa bahagia dan akan sentiasa bahagiakan orang yang ada kat sekeliling dia.

Isnin, 11 Februari 2013

Chinese New Year




Mak2 yang over mandi laut. ;)

my love gemoks. :)

me and nurul

my loves cousin

me and lil sis

Si kembar.

Cuti raya cina kali ni kami manfaatkan dengan bercuti di laut,
Kami semua memang gila ngan laut,
Tapi sayang,
Aku tak dapat pun mandi laut,
Kulit alergik sikit ngan air laut,
Tapi kalo dah gian sangat ngan air laut,
Do I care,
Hehehehe



Ahad, 3 Februari 2013

Mak dan Abah

Lately ni banyak benda yang mengusutkan kepala ni,
Haissh,
Mana tak nye,
Dengan test bertimpa-timpa,
Assignment lagi,
Dan tak pernah terlepas dari kusut memikirkan tentang  dia,
Migrain dan demam datang menyerang,
Memang rasa down sangat-sangat.
Ni pun masih demam lagi.
Dis week tak balik umah,
Makin menjadi-jadi lah demam ni,
Rindu kat mak ngan abah.

Last 2 days tepon mak ngan abah,
semata-mata nak cakap yang anak kesayangan diorang ni demam,
Masa tu baru demam ckit jek tapi dah menggedik tepon mak ngan abah,
huhuhuhu
Pastu abah cakap esok(semalam) nak antarkan makanan,
Sukanya rasa,
Terus terbayang muka mak ngan abah,
Rindu woooo.

Hari yang dinantikan pun tiba,
Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai jugak,
Mula lah hati bergojolak kerisauan,
Around 8.40++ pm I made a decision to call abah,

me : Helo, Assalamualaikum Abah, abah kat mane?
abah : Abah otw balik umah ni along. Jalan jem tadi. Dalam kul 9.30++ pm lebih abah sampai. Kalo gate dah tutup nanti abah call along ea.
me : *dalam aty rasa dah nak nangis* Erm, yelah abah. Takpe, lambat pun takpe. Along tak kisah.
abah : Along tunggu je tau.
me : ok abah. Bye.

Sebaik menamatkan panggilan dari abah,
Air mata ni menitis sedikit demi sedikit,
Besar sungguh pengorbanan seorang insan yang bergelar abah,
Kalo tahu macam ni,
Baik tak yah bagitahu kat mak ngan abah yang aku demam,
Kan dah menyusahkan,
Astaghfirullah,
Ape lah aku ni,
Tak terbalas rasanya pengorbanan mak ngan abah.
Tak dapat aku bayangkan hidup aku ni kalo takde mak ngan abah,
Tanpa mereka siapalah aku ni,
Aku mungkin boleh hidup tanpa seorang kawan, kekasih atau siapa sahaja,
Tapi aku yakin sangat-sangat yang aku tak boleh hidup tanpa mak ngan abah.
Takde sesiapa pun yang boleh sayang aku macam mak ngan abah sayang aku,
Takde sesiapa pun yang akan care kat aku seperti mak ngan abah care kat aku,
Dan takde sesiapa pun yang boleh buat aku tersenyum seperti mak ngan abah buat aku tersenyum especially time aku sedih.
Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu dan seorang bapa seperti mak ngan abah,
Takkan ada sesiapa pun yang mampu menandingi mereka dihati aku ini,
Mereka adalah yang pertama selepas Allah Dan kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W,

Rindunya kat mak ngan abah,
Aku tak kisah orang nak cakap aku ni manja ke,
Tak pandai berdikari ke,
Aku tak kisah semua tu.
Sebab mak ngan abah tahu siapa aku,
Diorang yang ada waktu susah dan senang aku,
Bukan nye orang lain,
So please jangan nak judge orang sesuka hati,
Mak ngan abah takkan pernah tinggalkan aku tanpa sebab,
Sebab tu aku sentiasa cuba bangkit dari segala rasa,
Hanya untuk mak ngan abah.
Along sayang mak abah sangat-sangat.


Sabtu, 26 Januari 2013

kena tinggal.

Seronoknya bila dah berada kat rumah,
Home sweet home,
Hahahahaha
*si gedik*

Seronok memang seronok tapi ada jugak yang sedih,
Mak ngan abah tinggalkan kami adik beradik kat rumah sebab nak gi mersing,
Gi tolong kemas umah mak teh yang terkena bencana banjir.
Takpelah,
Sekali sekala hidup berdikari tanpa mak ngan abah kat rumah,
Sampai bila nak bergantung kat mak ngan abah kan,
I'm 21st now,
so,
Dah tiba masanya untuk berdikari.
I try my best for my love family,
I love U my loves.

Jumaat, 25 Januari 2013

Missing again.

Pilu nye rasa hati ni,
Setiap hari mesti terbayang kenangan kitorang,
Pergi kolej rasa sayu,
Mana taknye,
Kat kolej lagi banyak kenangan kami bersama,
Terbayang-bayang wajah dye kat mana-mana,
Tak tau nak ungkapkan macam mana rasa ni.
Mungkin ni lah apa yang wawa rasa masa botak tinggalkan dye,
Terkapai-kapai tanpa jawapan.
Tapi sekurang-kurang nya wawa tak digantung tanpa tali.
Sedih sangat bila ditinggalkan tanpa khabar berita,
Buntu nya kepala hotak ni untuk berfikir secara rasional.
Dah tak tau apa yang rasional lagi.
Apa yang dye marah sangat?
At least give me an explanation,
Even the explanation will hurt me.
I don't care,
At least I know de reason why U leave me alone.
Please,,,
Give me ur answer,
Don't be silent,
I need U dear,
Really2 need U to stay in my heart.
I love U dear,
Silent can't solve anything.
I can't erase U from my memory bcoz U always in my mind.
Everyday I'll think about U.
Please dear,
please back.


Ahad, 20 Januari 2013

Pelangi saya.

Siyesly,
I really miss u dear,
Air mata ni sampai dah tak boleh nak compromy.
Asyik nak mengalir jek bila teringat kat sayang.
Setiap hari saya tercari-cari apa salah saya kat sayang,
Saya tau mulut saya agak celupar bila berkata-kata,
Tapi percayalah,
Dalam hati ni saya tak maksudkan pun apa yang saya cakap kan.

Setiap masa saya teringat kan kenangan kita,
Saya rindu nak bergurau ngan sayang even dalam telefon.
Saya betul-betul perlukan sayang.

Sayang,
I trust You,
Saya percaya sayang syg pada saya masih utuh,
Saya letakkan sepenuh kepercayaan saya pada sayang.

Saya minta maaf sangat-sangat kalo saya ada melukakan hati sayang,
Kalo sayang dah tak perlukan saya,
Jangan lah siksa perasaan saya,
Sebab saya betul-betul sayang kat sayang.
Saya dah bagi hati saya sepenuhnya kat sayang.
Sayang pelangi saya,
Kembali lah menjadi pelangi saya yang dapat menyinari hari-hari saya.

Sabtu, 19 Januari 2013

Sayang,

Untuk kesekian kalinye saya duk menghadap laptop ni untuk meluahkan perasaan,
Saya berani luahkan kat sini sebab saya tahu,
takde orang pun yang baca blog ni,
Hmmmm.

Sayang,
kenapa sayang buat saya macam ni?
Apa salah saya kat sayang?
Kenapa sayang mendiamkan diri macam ni,
Kalo saya ada buat salah kat sayang,
Sayang cakp lah,
Jangan lah diam macam ni.
Sayang buat saya trauma akan kisah lama 2.
Saya sayang sangat-sangat kat sayang,
Saya setia kat sayang dan tak pernah curang,
Tak pernah terfikir pun untuk curang.
Saya buntu sayang,
Saya buntu sangat-sangat.
Kalo sayang dah tak perlukan saya,
Sayang cakaplah.
Jangan hilang mcam dulu,
Saya ada hati dengan perasaan,
Sayang bosan dengan saya ke?
Saya dah cakap dari awal lagi yang satu hari nanti sayang mesti bosan dengan saya,
Saya minta maaf,
Saya tak mampu nak jadi perempuan yang sayang idam-idamkan.
Maaf sangat-sangat.
Tapi saya nak sayang tahu,
Saya sayang sangat kat sayang dan tak pernah menyesal pilih sayang untuk duduk kat dalam hati saya.

Jumaat, 18 Januari 2013

Pembaziran

Lately ni sikap membazir sudah menguasai diri saya ni,
*hahahahahahaha (gelak jahat)*
Rasa macam buang tebiat pun ada gak,
Mana tak nya,
Selalu nye nak kuarkan duit sehinggit pun saya berkira,
Tapi kali ni,
Jangan kata sehinggit,
Beratus-ratus hinggit pun saya sanggup kuarkan,
Walaweyh,
Kopak lah poket macam ni,
Momok manakah yag sudah merasuk saya ni,
Hahhahahaha
Nafsu untuk bershopping meronta-ronta sekarang ni,
Kalo macam ni,
Mesin ATM pun boleh pokai,
Haiyo,
Tension punya pasal,
Habis duit saya.

Time2 ni lah tekak ni mengada-ngada mengidam nak makan macam-macam,
Last 3days tekak ni mengidam nak makan KFC,
Dengan pantasnya saya dan kawan2 fly to Angsana,
Semata-mata untuk KFC.
Memang gila betul ni,
Tak penah-penah saya buat macam ni.
Hahahahahaha

Selalunya saya tak penah kisah dengan trend  terbaru tudung yang tengah melanda kat Malaysia ni,
Tapi lately ni,
Mata ni macam tak boleh tengok trend terbaru tudung-tudung yang bergantungan kat kedai-kedai,
Bling-bling siot mata ni tengok tudung-tudung tu.
Dan secara otomatik nye kepala hotak ni dengan ligat nye bercakap,
*beli je lah, ape yang nak difikirkan lagi*
homak oi,
Sepantas kilat saya mengeluarkan duit untuk tudung tu.
Oh My Gucci,
Duit saya melayang lagi !!!!!
Nak menyesal pun tak guna,
Sekurang-kurang nye ia untuk kebaikan,
Hehehehe
*sje je pujuk hati sendiri yang sudah gundah gelana akibat duit melayang*
isk isk isk


Sabtu, 12 Januari 2013

cinta.

Tiba-tiba je teringat kata-kata seorang kakak ni,
"Awak jangan tinggalkan orang yang awak cinta tu kerana keburukan dye, sebab kalo awak betul-betul sayang dye, awak akan cuba ubah dye untuk jadi yang lebih baik. Jangan sesekali tinggalkan dye dan jangan sesekali mengalah. Jadikan lah dye seorang lelaki yang terbaik"
Auuuwww, tersentuh pulak hati ni. Huhuhu
Saya tak mampu nak ubah dye kak.
Hanya diri dye je yang mampu ubah diri dye sendiri.
Sama jugak macam saya, orang lain tak mampu ubah diri saya.
Jika saya ingin jadi yang terbaik, saya yang mesti ubah diri saya sendiri.
Tapi bukan lah maksudnya dye tak mampu ubah diri saya, dye akan sentiasa jadi pembakar semangat saya untuk saya berubah.
Saya sentiasa cuba untuk jadi seorang wanita yang dye idamkan, tapi saya takut saya tak mampu dan saya akan berputus asa.
Mampu ke saya?
Saya tak cukup perfect untuk dye,
Terlalu banyak kekurangan diri saya ni.
Insyaa Allah,
selagi saya mampu,
saya akan terus berusaha untuk jadi seorang wanita yang dye idamkan.
Go go chaiyok !!!!
(^_^)v
I love u dear.
Only you.




Khamis, 10 Januari 2013

Misunderstanding.

Tak mudah nak buat orang lain suka kat kita. Setiap apa yang kita buat mesti disalah erti kan. (Misunderstanding) .
Haisshh, takde manusia yang perfect kat dunia ni, kalo memang saya bersalah, cakap je terus terang. Jangan lah perli-perli.
Awak tu pun bukannya perfect. Banyak kekurangan kita sebagai manusia kat atas bumi Allah ni.

Dan awak yang pernah bergelar sahabat kepada kami, kenapa awak buat kami macam ni?
Kalo memang kami ada salah kat awak, terus terang je lah.
Jangan lah buat kami tertanya-tanya. Kalo awak rasa kami bukan sahabat yang baik untuk awak, kenapa x dari awal lagi awak tinggalkan kami?
Sekurang-kurang nya x lah kami sentiasa tertanya-tanya apa salah kami kat awak.
Kami sayang syg kat awak. Kami rindukan kita yang dulu.
Kenapa kita seolah-olah jadi macam orang asing?
X ada sedikit pun ke kenangan antara kita yang buat awak rindu kat kami sama macam kami rindu kat awak?
Mungkin dalam hati awak, kami ni dah x bermakna lagi untuk awak kan?
Tapi kami nak awak tahu yang awak sentiasa ada kat hati kami sebagai seorang sahabat.
Saya tak salahkan awak kalo awak lupakan kami,
Mungkin ada salah kami yang awak taknak bagitahu.
Walau apa pun yang terjadi, Terima kasih sebab pernah jadi sahabat kami.
Tak mungkin kenangan tu mudah untuk kami lupakan.
Saya doakan awak bahagia bersama kawan-kawan awak dan bersama orang-orang yang tersayang.
Saya bukan minta simpati, cuma luahan hati seorang sahabat kepada seorang sahabat yang dikasihi.
Jika awak ada terbaca apa yang saya tulis ni, saya minta maaf sangat-sangat kalo apa yang saya tulis ni ada menyakitkan hati awak.
Bagi saya, sekali kita bersahabat, selamanya kita akan kekal bersahabat.
Tapi kalo dah perpisahan yang awak inginkan, Selamat berbahagia.

Sabtu, 5 Januari 2013

Wink wink

Wink wink ^,^
Buat assignment Entrepreneur ni buat sye banyak berangan lah,
hehehehe
our group buat business Wedding planner,
Auuwww,
tetibe berangan nak kawin plak.
hahahaha
Gatai nye anak pak Rahman ni,
Belajar pun tak habis lagi dah berangan nak kawin,
best jugak jadi wedding planner,
mula lah dalam kepala otak yang tak berapa besar ni memikirkan bermacam-macam konsep perkahwinan,
wah wah wah,
tak hagak-hagak kepala otak ni berimaginasi,
ngehngehngeh,
alah,
x salah pun kan kalo nak berangan,
kata orang dari berangan tu lah boleh wujud nya sebuah kenyataan,
Berkobar-kobar nye semangat den malam ni,
hahahaha
Dah-dah,
stop it from ur imagination my dear,
kalo dibiarkan boleh sampai langit ketujuh imaginasi ni nanti,
hahahaha

# Mr Mohd Shedi Faizal bin Azmi I miss U lah dear. Hehehe

Selasa, 1 Januari 2013

Happy New Year 2013

01/01/2013
Happy New Year 2 all.
Sekejap jek dah masuk tahun baru,
Makin tua lah plak,
I'm 21st now,
Auuwww,
Its time to be a matured gurl,
Go go chaiyok.

Tepat pukul 00.00 a.m,
Syg sye wish Happy New Year,
U are so sweet dear. 
^_^



Thank U so much dear,
U make me really2 happy,
Macam baru2 kenal plak,
Bibir saya sentiasa tersenyum jek,
Macam baru mula bercinta jek,
Hehehehe
I wish,
2013 will give us many happy moment.
I'll love U sayang,
Saya akan cuba untuk terus setia dengan sayang.
And I wish,
We will be happy always,
Yang penting Jujur dan Ikhlas,
Takmo ada orang ketiga antara kita.
Love You Dear.
^_^v

*azam baru tahun ni tak boleh kecoh2. Menjadi rahsia untuk diri ini. Smile. :)